Follower

Sunday, January 19

Assalamulaikum



Assalamulaikum.. Allahu ! lama tak jumpa .. maaf didahulukan kerana page saya ni tak active.. harapnya kalian tak boring untuk singgah page saya ni :)


Alhamdulilah Allah masih beri kita nikmat masa , tenaga , kesihatan.. Allah! kalau nak sebut memang tak terkira namun sentiasalah ucap Alhamdulilah tika kita ditimpa ujian , musibah mahupun kesenangan, kebahagiaan . itu tandanya Allah sayangkan kita :)

Post kali ni hanya lah simple . *pagi-pagi ni idea ada tapi nak merangka ayat .. malas.. maaf! penyakit malas melanda.. idea pun tak ada lah banyak sangat ..hehe

Aiwaaah ! apakabarkah kalian ? pasti kebanyakkan kawan-kawan sedang berholiday kan? sem breala katakan.. selagi kita ada masa dengan ummi wa abi dan family gunakanlah! manfaatkanlah! even kawan kita ada yang mengejek kita anak manja ke , anak mak , anak ayah tidak mengapalah. kerana mereka (family) masih memerlukan kita biarlah mereka berkata-kata kerana mungkin selepas ini kita tidak lagi untuk bermanja , berbakti kepada mereka..:')

Saya nak ceritakan sedikit sahaja pengalaman saya dalam semester 1 sebagai seorang mahasiswi tentang sahabat. Alhamdulilah bersyukur sangat-sangat saya dikelilingi oleh sahabat yang ada agamanya maksudnya yang saling ingat-mengingati tentang agama dan membantu tika saya perlukan bantuan seorang namun 2,3 yang turut beri kerjasama. Allah ! Moga Allah berkati mereka dan kita semua.

Tak dinafikan sahabat lah yang rapat dengan kita after parents&family sebab kita berjihad ilmu di perantauan yang mengambil masa lebih kurang 1jam-+ dari rumah.. heheh ! *nak juga guna perkataan perantauan.. oleh itu, kita haruslah bijak memilih kawan untuk dijadikan sahabat.. iye ! tidaklah jika rakan kita itu mempunyai perangai buruk , tabiat tidak elok yang akan memudaratkan kita atau menarik kita menjadi sepertinya kita menolak untuk tidak berukhwah sebaliknya kita harus tarik mereka ke arah kebaikan ..

Syukur ke hadrat ILLAHI sepanjang sem 1 ni saya dapat menambah bilangan sahabat saya :)) yang lebih menariknya sahabat saya bukan sahaja batch 94 tapi yang lebih tua oppsss, yang lebih 'senior' ehee.. sebab mereka  dari STAM @ STPM .. sangat best ! sebab kita menuntut ilmu dalam satu kelas but at the same time with them who we call them as 'kak' at the front of their name..*broken english.. hahah ! macam-macam gelagat perangai ada.. ad yang sporting, ada yang happy go lucky, ada yang senpoi ..^^ yang seronoknya tutorial saya ramai golongan senior ni tak silap 5 orang kalau nak dibandingkan dengan tutorial lain..hehe.. *tak tahu la sangat tutor lain berapa kan.. hii. yang golongan lelaki pun Alhamdulilah tak adalah kacau-kacau akhowat ..hee..

Moga untuk sem-sem yang akan datang mendapat tutorial yang seperti ini juga andaikata ahlinya akan bertukar.. # i wish we are stick and stay in the same tutorial without any changes..but in positive side, takapelah, lain ahli dapat sahabat baru ..ye dak ?

sebelum akhiri nukilan saya harini, jom terjah sabda cinta hati kita Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
                     " Sekiranya kamu hendak mengetahui sikap seseorang, maka bertanyalah kepada jirannya                              (sahabat) "

Aiwah ! bertapa pentingnya sahabat kan ? bersyukurlah kita mempunyai tali ukhwah dengan sahabat-sahabat dan kuatkan genggamanlah tali itu hingga kita mengeheret mereka bersama keluarga kita hingga ke pintu firdausi..kekalkanlah ikatan ukhwah untuk kehidupan kita yang kekal selamanya yakni di syurgaNYA untuk kehidupan kita selepas didunia yang hanya sementara. titipkan dan selitkan mereka dalam doa kita :')

tak bermakna kita tak message kita tak ingat mereka , tak bermakna kita tak selalu berhubung kita lupa akan mereka . sungguh dengan izin Allah selagi aku masih bernafas , aku ingat rakan-rakanku yang sangat baik denganku mahupun yang tidak rapat *ingat muka pun jadilah ..

untuk akak manees , maaf sangat haritu janji nak menghupdate blog ni  masa bulan nov kalau tak silap.. maaf sensangat!! harapnya dapat maafkan :' & terimakasih ceritakan tentang DQ maaf sekali lagi tak baca pun lagi.. inya-Allah otw.. May Allah bless you ! thanks sebab sudi jadi antara sahabat kita :D

untuk cik sal.. hee.. sorry tak reply pun chat box.. huuu.. insya-Allah nanti kita keep in touch through whatsaap je ok ?

& jazakumullahu khoiran kathira kepada semua sahabat saya & para pembaca yang sudi singgah page saya yang tak seberapa ni..

Insya-Allah see yaa.. Assalamulaikum .

SALAM MAULIDURASUL 1435H . SELAWAT KE ATAS NABI ~ ALLAHUMMASOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD ^^